fbpx

Nur Izzuddin-Sze Fei terlepas gelaran Jelajah Dunia Akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei bergelar naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di Hangzhou, China.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terpaksa akur bergelar naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) selepas tewas di tangan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada aksi final di Hangzhou, China sebentar tadi.

Pada perlawanan yang penuh mendebarkan di Gimnasium Olimpik Hangzhou tersebut, beregu profesional negara itu yang turun sebagai pemain ranking No. 7 mempersembahkan permainan cukup baik tetapi belum berupaya untuk mengatasi pasangan No. 3 dunia, Astrup-Rasmussen apabila tewas 17-21, 21-17, 11-21 dalam tempoh 65 minit.

Pada set pertama, jelas kelihatan gandingan gandingan No. 3 dunia dari Denmark tersebut lebih agresif untuk menang permainan awal selepas menyukarkan Izzuddin-Sze Fei mengutip mata sebelum merakam kemenangan 21-17 dalam tempoh 23 minit.

Tersentak dengan keputusan tersebut, Izzuddin-Sze Fei atau lebih dikenali sebagai ‘DinFei’ kembali memperkemaskan rentak permainan untuk mengimbangi semula perlawanan dan berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan sejurus mengatasi pasangan Denmark tersebut pada set kedua.

Pada set penentuan, kedua-dua pasangan mempamerkan corak permainan yang lebih baik dari segi menyerang dan meningkatkan kelajuan permainan sehingga kedudukan mata begitu rapat.

Ketika Din-Fei sedang mengejar untuk mendahului perlawanan semula, pasangan negara itu dilihat melakukan beberapa kesilapan yang membuka ruang kepada Astrup-Rasmussen mengambil kesempatan dengan pantas sekali gus memastikan kemenangan menjadi mereka.

Dengan keputusan tersebut, menyaksikan Astrup-Rasmussen membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$210,000 (RM934,000) manakala Sze Fei-Nur Izzuddin yang muncul selaku naib juara turut membawa pulang wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM445,000). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI