fbpx

Suami berenang 5 jam demi selamatkan isteri di tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Saudi berenang lebih lima jam ke tepi pantai di Thailand untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan isterinya yang terkandas di tengah laut, lapor laman berita The Pattaya News semalam.

Abdulrahman Mahdi M. Alamri, 26, berenang sejauh dua kilometer ke Pantai Jomtien, empat kilometer dari bandar Pattaya.

Dia meminta bantuan untuk menyelamatkan isterinya, Atheer Saeed A. Alamri, 26, yang masih terkandas bersama jet ski yang rosak di tengah laut.

Abdulrahman mempertaruhkan nyawanya untuk berenang dalam keadaan gelap sebelum dia ditemui oleh seorang individu yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Bot peronda kemudian dihantar, manakala Atheer ditemui kira-kira dua kilometer dari pantai dengan keadaan berpaut pada jet ski yang terbalik dan memakai jaket keselamatan. 

Pasangan itu menyewa jet ski berkenaan selama sejam di Pantai Jomtien, namun selepas masa sewaan tamat, mereka tidak kembali ke pantai.

Ia membuatkan pengendali perkhidmatan jet ski itu memulakan pencarian awal, namun gagal mengesan mereka. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI