JAKARTA – Polis menyiasat kejadian seorang penunggang motosikal berpura-pura kehabisan petrol dan meminta wang daripada pemilik kenderaan lain di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, lapor laman berita Detik semalam.
Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak kelmarin.
“Kami sudah menyiasat di lokasi kejadian,” kata seorang ketua polis tempatan, Aris Soemarsono.
Aris memberitahu bahawa setakat ini, belum ada penunggang motosikal yang membuat laporan polis kerana mereka mereka mungkin tidak menyedari telah menjadi mangsa penipuan.
Tambahnya, pihak polis sedang memburu lelaki yang terlibat kerana disyaki melakukan penipuan tersebut.
Sementara itu, berdasarkan sebuah video tular, lelaki berkenaan dilihat menghampiri seorang penunggang motosikal dan meminta wang untuk mengisi minyak petrol.
Setelah diberikan wang, dia berpura-pura menolak motosikalnya memasuki kawasan pam untuk mengisi minyak.
Namun, sejurus mangsa meninggalkan kawasan itu, dia tidak mengisi minyak petrol, sebaliknya kembali ke lokasi sama dan mengulangi perbuatannya kepada penunggang motosikal lain. – AGENSI