PETALING JAYA – Ramai pengguna di Malaysia masih memilih menggunakan tunai untuk membuat pembayaran selain menyifatkan kaedah tersebut lebih selamat terutama ketika berada di tempat awam.
Semakan Kosmo! di ruangan komen perkongsian Duta Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan (ASP) Bersara Rahmat Fitri Abdullah di TikTok mengenai tip menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) atau kredit, rata-ratanya bersetuju pembayaran tunai adalah lebih selamat dan memudahkan berbanding kaedah tanpa tunai.
“Selamat guna ‘cash’ (tunai) juga,” kata Rehanah.
“Saya selalu guna ‘cash’ sahaja. Lebih suka menggunakan cara sendiri,” kata Emilia.
Meskipun ketika ini negara lebih menggalakkan pengguna menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dalam pelbagai urusan perniagaan atau pembayaran bagi memudahkan pergerakan wang keluar masuk, namun kemudahan tersebut boleh membawa padah jika tidak digunakan dengan betul.
Menurut Rahmat Fitri, masih ramai yang kurang peka terhadap cara penggunaan kad bank dengan betul sehingga mereka mudah menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.
“Ramai di antara kita mempunyai kad bank, sama ada kad ATM atau kad kredit, tetapi ramai juga yang tidak tahu cara gunakan kad bank anda dengan selamat.
“Pastikan, apabila sedang menekan nombor pin, kad, tidak ada orang lain di sekeliling yang melihat. Kadang-kadang anda sedang tekan, ada orang di belakang sedang mengintai nombor pin kad bank anda,” katanya.
Tambahnya, langkah berjaga-jaga juga perlu diambil ketika membuat pembayaran menggunakan kad di kaunter kedai kerana selain orang ramai, televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang juga boleh menjadi medium untuk pihak lain ‘mencuri’ nombor pin kad bank.
“Kalau di mana-mana kedai pula, ada mesin untuk membuat pembayaran menggunakan kad, pastinya tersedia CCTV, kalau orang di sekeliling tak nampak, berjaga-jaga dengan CCTV.
“Tutup atau rapatkan dengan badan ketika memasukkan nombor pin kad bank anda. Dilarang juga biarkan pekerja kedai melakukan transaksi menggunakan kad bank anda tanpa pengawasan anda sendiri,” pesannya. – KOSMO! ONLINE
@rahmatfitrilawanscammer #CapCut @RahmatFitriLawanScammer(Acc3) @IqArmyFightScammer #ceramah #dutaantiscam #Scam #Scammer #ScamViral #ScammerViral #Viral #tips #motivasi #nasihat #trend #scamonline #sembangabangpolis #rahmatfitrilawanscammer #belajarditiktok #tiktokguru #tipu #fyp #polisviral #polisscammer #tips #lawanscammer #ASPRahmatFitri #JSJK #JenayahKomersil #RFC #RahmatFitriConsultant ♬ original sound – Rahmat Fitri Lawan Scammer