fbpx

Morbidelli tak kecewa kempunan podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI tetap gembira dengan pencapaiannya meskipun gagal menaiki podium sepanjang musim ini. - AFP

ROM – Pelumba Itali, Franco Morbidelli menyifatkan musim 2024 sebagai tahun luar biasa dalam kariernya walaupun gagal menaiki podium bersama jentera Ducati GP24 yang dianggap antara motosikal terbaik dalam grid perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Selepas dua musim sukar bersama Yamaha, Morbidelli menyertai pasukan Pramac Ducati tahun ini dan bergandingan dengan juara dunia, Jorge Martin.

Namun, persediaannya terganggu apabila dia mengalami kecederaan sewaktu latihan pada Januari lalu menyebabkan dia terlepas semua ujian pramusim dan hanya dapat menguji jentera GP24 buat kali pertama sewaktu perlumbaan pembukaan di Qatar pada Mac lalu.

Walaupun berjaya menyesuaikan diri secara perlahan dengan jentera Desmosedici, Morbidelli hanya mencatat keputusan terbaik di tempat kelima pada Grand Prix (GP) Jerman sebelum mengakhiri musim di tempat kesembilan keseluruhan.

“Secara keseluruhan, ia tahun yang hebat untuk pasukan. Saya kembali bersaing di kedudukan teratas dan saya semakin hampir untuk merebut kemenangan serta podium secara konsisten.

“Saya gembira dengan kebangkitan saya lakukan selepas bergelut dengan prestasi dua tahun lalu,” kata Morbidelli.

Musim 2024 menjadi kempen terakhir Morbidelli bersama Pramac apabila dia akan menyertai pasukan VR46 tahun depan.

Morbidelli optimis dengan cabaran baharu itu dan berharap dapat memperbaiki prestasinya untuk kembali ke puncak prestasi dalam perlumbaan MotoGP. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI