fbpx

Pemilik pusat jagaan anak yatim didakwa noda penghuni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik sebuah pusat jagaan anak yatim swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu merogol dan mencederakan seorang penghuni premis itu yang berusia 17 tahun.

Tertuduh yang merupakan seorang lelaki berusia 59 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 376 Kanan Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan 28 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.48 malam, 29 November lalu sebelum tertuduh ditahan reman pada 11 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee pula memberitahu siasatan awal mendapati tertuduh telah merogol mangsa yang sejak 2020 hingga 2022 ketika mangsa berusia 13 hingga 15 tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI