fbpx

Aniq, Asyraf kongsi penderitaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ASYRAF dan Aniq Ziqri memerlukan bantuan orang ramai untuk meringankan beban merawat masalah jantung.

SEBERANG PERAI – Dua bayi lelaki terpaksa menanggung penderitaan seawal usia muda apabila mereka disahkan mengalami masalah jantung berlubang sehingga perlu menjalani pembedahan segera.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya menerima permohonan bantuan untuk Aniq Ziqri Abdul Azim yang berusia setahun dan Muhammad Asyraf Azriel Azman, 4 bulan, disebabkan masalah kewangan keluarga masing-masing,

Katanya, kedua-dua bayi berkenaan memerlukan dana sekurang-kurangnya RM125,000 bagi menjalani pembedahan.

Menurut beliau, pembedahan untuk Aniq Ziqri dijadualkan pada 8 Januari tahun depan, manakala Muhammad Asyraf Azriel telah menjalankan pembedahan pada 12 Disemberi lalu.

“Pesakit pertama, Aniq Ziqri yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur menghidap penyakit jantung kongenital sejak lahir yang dikesan semasa dia masih berada di dalam kandungan.

“Dia bergantung kepada ubat, namun apabila semakin mem­besar dan tahap aktiviti mening­kat, jantungnya tidak dapat lagi menanggung beban sehingga mudah sesak nafas.

“Doktor mendapati lubang di jantungnya semakin teruk dan saluran darah menuju ke paru-paru tersumbat yang boleh menyebabkan kematian mengejut akibat kekurangan oksigen,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Sui Hau berkata, seorang lagi pesakit, Muhammad Asyraf, dari Alor Setar, Kedah telah berjaya menjalani pembedahan sebelum ini, namun berdepan komplikasi apabila mengalami jangkitan kuman.

“Sebulan selepas dibenarkan pulang ke rumah sejurus pembedahan, bayi itu mengalami sesak nafas. Jangkitan kuman yang menyebabkan kelumpuhan diafragma kiri tertunda telah memburukkan lagi radang paru-paru.

“Dia telah berada di hospital sejak lebih sebulan lalu bagi membersihkan bakteria sebelum pembedahan diafragma dapat dilakukan selepas ini,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua pesakit itu amat memerlukan bantuan orang ramai ketika ini.

“Ibu bapa mereka hanya berniaga nasi lemak dan kuih-muih bagi menampung hidup.

“Kami berbesar hati untuk membantu mengumpul dana RM125,000 bagi memastikan pembedahan jantung Aniq Ziqri dan Muhammad Asyraf Azriel dapat dilaksanakan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sum­bangan akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (3201428817) atau ­layari onehopecharity.org.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI