fbpx

Yayasan Bank Rakyat bantu anak Selangor mula pengajian di IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahredzan (dua, kanan), Mohd. Mukhti (dua, kiri) dan Khairul Na’im (kanan) ketika majlis penyampaian Bantuan Awal Pengajian di Cheras, hari ini.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Persatuan Sosial Aspi Permata memberikan bantuan awal pengajian kepada 50 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak berkemampuan sebagai modal memulakan semester baharu.

YBR dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyalurkan bantuan sebanyak RM25,000 kepada penerima kategori B40 dan golongan asnaf di dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Cheras, hari ini.

Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Syahredzan Johan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd. Mukhti Abd Rahman serta Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin.

Sementara itu, Syahredzan berkata, bantuan tunai RM500 diberikan kepada setiap penerima adalah bertujuan meringankan beban kewangan mereka ketika memulakan semester termasuklah dalam menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan sebagai pelajar IPT.

“Semoga bantuan ini turut dapat mengurangi bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan membantu ibu bapa meningkatkan tahap pendidikan anak-anak mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, YBR berkata, pihaknya berpeluang menyantuni Qaireen Adriana Tihani, 13 yang menderita penyakit Aortic Stenosis iaitu salur pembuluh darah ke jantung sempit di Pangsapuri Seri Jati, Setia Alam hari ini.

“Bantuan RM5,000 sebulan bagi tempoh lima bulan akan datang diharapkan dapat membantu dalam mengumpul dana menjalankan pembedahan major untuk kali ke empat bagi menukar injap utama jantung di Institut jantung Negara (IJN).

“Dianggarkan kos awal RM50,000 serta membiayai kos rawatan bulanan sementara waktu yang dianggarkan RM200 hingga RM1,000 setiap bulan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI