PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang berlaku sekitar Kuantan, Pahang serta Mersing, Johor, petang ini.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, keadaan tersebut boleh berlanjutan sehingga pukul 6 petang nanti.
Sementara itu, cuaca buruk yang sama juga dijangka melanda sebahagian kawasan di Sabah, antaranya Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang dan Kota Kinabalu).
“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut berpotensi membadai daerah Limbang, Sarawak petang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE