fbpx

‘Hilang satu, ada beribu boleh ganti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Sollehin (empat dari kiri) mengangkat tangan Ibnu Rasyeed (lima dari kiri) yang diisytihar menang sebagai Ketua Pemuda Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang sesi 2023-2026 dalam pemilihan yang diadakan semula di Bukit Gantang hari ini.

BUKIT GANTANG – Pemuda UMNO tidak risau tentang dakwaan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz akan menyertai PKR, kerana percaya ramai yang boleh menggantikan pemimpin UMNO tersebut.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, UMNO sudah lali dengan lumrah pemimpin kanan meninggalkan parti terutama selepas kekalahan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2018.

“Orang hendak ‘curi’ ahli parti kita bukan baru, kita sudah melalui keadaan itu. Hilang satu, ada beribu yang hendak menggantikan tempat tersebut,” katanya selepas selesai Mesyuarat Khas Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Sollehin berpandangan Tengku Zafrul adalah muka baharu dalam UMNO dan keadaan itu menyebabkan beliau mungkin masih belum ada sentimen kepartian yang kuat.

“Tengku Zafrul ini pun bagi saya masih baharu lagi dalam UMNO, dia muncul semasa wabak Covid-19 tempoh hari. Mungkin sentimen kepartian bagi beliau tidak begitu kuat tetapi saya harap ia sekadar ura-ura (Tengku Zafrul sertai PKR),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI