fbpx

Penyokong Malaysia cedera di Thailand semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Madam Pang semalam.

PETALING JAYA – Seorang penyokong Malaysia mengalami kecederaan selepas menyaksikan perlawanan Piala AFF 2024 antara Thailand dan skuad Harimau Malaya di Stadium Rajamangala semalam.

Menerusi satu kenyataan dalam hantaran di Facebook Presiden Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), Madam Pang, pihaknya sudah menghantar penyokong Malaysia itu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Smitivet, Srinakharin semalam.

Katanya, kakitangan antarabangsa Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah pun mengendalikan perkara ini dan menguruskan bil rawatan bagi memastikan individu terbabit tidak berdepan sebarang masalah apabila pulang nanti.

“Doktor juga sudah melakukan imbasan CT di bahagian kepala bagi mendapatkan keputusan terperinci dan meminta pesakit untuk dimasukkan ke wad pada malam ini (semalam) untuk berjumpa pakar ortopedik.

“Namun individu itu perlu pulang esok (hari ini) dan beliau akan mendapatkan rawatan di Malaysia,” katanya.

Semalam, media melaporkan penyokong Malaysia yang hadir memberi sokongan tersangkut dalam Stadium Rajamangala sebaik aksi ketiga Kumpulan A Piala AFF itu berakhir malam tadi.

Penyokong negara itu difahamkan terbabit dalam insiden pergaduhan kecil dengan penyokong Thailand selepas penyokong tuan rumah melakukan provokasi kepada penyokong negara. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI