SEPANG – Seorang pelawak berusia 41 tahun ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana memiliki ganja.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok Banting pagi tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Norhizam dilaporkan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol. – KOSMO! ONLINE