fbpx

[VIDEO] Nyanyi lagu Judika, susah tapi Siti Nurhaliza tetap senyum, sedap! – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENJERIT pun senyum! Itulah Siri Nurhaliza. Biarpun lagu milik Judika, Bukan Dia Tapi Aku diakui sukar namun sukses dipersembahkan Biduanita Negara itu.

PETALING JAYA – Ibarat meremangkan seluruh alam, vokal tiada tandingan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memukau ramai dengan nyanyian hebat menerusi lagu Bukan Dia Tapi Aku milik penyanyi popular Indonesia Judika pada Konsert The Journey of Sound di Stadium Merdeka semalam.

Anggun memakai persalinan berwarna biru, Siti meraih pujian kerana mampu mendendangkan lagu Judika yang dikatakan antara paling sukar dengan cemerlang.

Tular dalam media sosial, rata-rata netizen menyifatkan Siti berjaya membawa lagu tersebut dengan versinya tersendiri.

“Bahagian jerit pun senyum sahaja, rada nak menangis bila dengar.

“Inilah dikatakan aura Siti Nurhaliza, berilah lagu apa pun, cemerlang!

“Sedap sangat lagu ini versi Siti. Tak puas!” puji netizen.

Sementara, Judika pula berjaya memukau lebih 24,000 penonton dengan menyanyikan lagu milik Siti berjudul Wajah Kekasih.

Semalam, Siti dan Judika mendendangkan lebih 30 buah lagu termasuk persembahan duet.

Antaranya ialah Ya Maulai, Bukan Cinta Biasa, Ku Milikmu, Mama Papa Larang, Aku Yang Tersakiti, Hal Hebat dan Setengah Mati Merindu.

Konsert The Journey of Sound yang dibawakan oleh Universe Gateway turut menampilkan Faizal Tahir pada persembahan pembuka. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI