fbpx

Rampas 11 tan kayu merah bernilai 6.3juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Penguatkuasaaan, Unit II, Selangor, Ismail Hashim menunjukkan kayu cendana merah yang dirampas di Pelabuhan Utara, Selasa lalu.

KLANG – Cubaan menyeludup masuk 11 tan batang kayu cendana merah (red sandalwood) yang diisytiharkan sebagai peralatan rumah dan pengkakasan tangan berjaya dipatahkan pihak berkuasa di Pelabuhan Utara di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang, Selasa lalu itu hasil pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah terhadap sebuah kontena dipercayai dari sebuah negara di Asia Tenggara.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, kayu merah atau nama saintifiknya ‘Pterocarpus Santalinus’ merupakan barangan dagangan terancam di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai spesis terancam.

Difahamkan, kebiasannya kayu merah itu digunakan untuk membuat perabot dan bahan perubatan tradisional di negara ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati barangan itu diikrarkan sebagai peralatan rumah dan pengkakasan oleh ejen perkapalan yang telah dikenalpasti pihaknya.

“Nilai rampasan barangan dianggarkan RM6.3 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Abdul Latif turut memaklumkan pihaknya merampas 21,600 liter minuman keras dianggarkan bernilai RM613,440 termasuk cukai di lokasi sama selang dua hari kemudian.

Jelas beliau, kesemua minuman keras itu diletakkan dalam sebuah kontena yang dikesan pihaknya juga kira-kira pukul 2.30 petang.

“Usaha mengesan suspek disyaki berusia 30an yang telah dikenalpasti dalam kedua-dua kes itu sedang dilakukan kami.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI