fbpx

Hujan berterusan di Perak, Pantai Timur bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail seorang lelaki meredah banjir berikutan hujan lebat di Terengganu.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan di empat negeri bermula esok sehingga Khamis depan.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu tertumpu sekitar daerah Hulu Perak, Perak serta sebahagian besar Pantai Timur melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Sementara itu, menerusi laporan banjir semasa setakat pukul 10 pagi hari ini yang dikeluarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat 47 mangsa daripada 15 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan negeri Pahang dan Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI