fbpx

Tambang feri Langkawi naik mulai 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadar tiket feri Langkawi meningkat bermula 1 Januari depan. - Gambar hiasan

LANGKAWI – Kadar tambang feri bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi dinaikkan sebanyak RM3.50, manakala Kuala Perlis-Langkawi sebanyak RM3 bermula 1 Januari depan.

Pengurus Operasi Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Leftenan Komander (B) Norhafiz ABdul Wahid berkata, kenaikan kadar tambang tersebut adalah bagi warganegara Malaysia, sekali gus menjadikan tambang bagi laluan Kuala Kedah sebanyak RM30 bagi dewasa dan RM24 bagi kanak-kanak.

“Bagi laluan Kuala Perlis pula tambang baharu adalah sebanyak RM24 untuk dewasa dan RM19 kanak-kanak. Tiada kenaikan tambang bagi golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang kekal pada tambang sebelum ini.

“Bagi penduduk Langkawi tambang juga dinaikkan sebanyak RM3 dan RM3.50 bagi laluan Kuala Perlis dan Kuala Kedah, menjadikan tambang dewasa untuk laluan Kuala Perlis sebanyak RM18 dan RM13 untuk kanak-kanak, manakala tambang dewasa bagi laluan Kuala Kedah adalah RM23.50 dan RM17.50 bagi kanak-kanak,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kadar tambang bagi bukan warganegara untuk laluan Kuala Perlis adalah RM35 bagi dewasa, dengan kenaikan sebanyak RM8 dan RM25 bagi kanak-kanak dengan kenaikan sebanyak RM5.50.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI