fbpx

Lelaki rugi RM270,000 dua kenderaan dibakar individu tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah kenderaan milik seorang pembekal hasil laut dibakar individu tidak dikenali di Kuala Gula hari ini.

BAGAN SERAI – Seorang pembekal hasil laut di sini, Tan Beng Sitt, 36, mengalami kerugian sebanyak RM270,000 selepas sebuah lori 3 tan dan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu miliknya dibakar dua lelaki tidak dikenali kira -kira 3.40 pagi tadi.

Beng Sitt berkata, dia mengetahui tentang kejadian tersebut selepas dihubungi oleh seorang saudaranya semasa dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam ke Kuala Gula .

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhampiran menunjukkan dua lelaki membawa sebuah tong plastik disyaki petrol. Mereka melarikan diri selepas membakar kenderaan saya.

“Saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Saya buat laporan di Balai Polis Kuala Kurau pada pukul 6.12 pagi dan berharap pihak polis dapat segera menangkap suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff memaklumkan, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI