fbpx

Iklan beli tanah dapat isteri percuma jadi tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEWI ROSALIA INDAH – FACEBOOK

JAKARTA – Satu iklan jualan sebidang tanah di Indonesia menjadi tular di internet sejak semalam kerana turut mempromosikan hasrat seorang janda untuk mencari calon suami, lapor laman berita Kompas.com.

Iklan di Facebook itu dimuat naik individu dikenali sebagai Aris Sofiyanto dari Kampung Karangbener, Kabupaten Kudus, wilayah Jawa Tengah.

Aris mendapat idea unik itu selepas adik iparnya, Dewi Rosalia Indah, 26, menyuarakan hasrat mahu mencari calon suami setelah gagal dalam dua perkahwinan sebelum ini.

“Benar, saya memuat naik iklan itu. Ia untuk bakal pembeli tanah yang ditakdirkan berkahwin dengan adik ipar saya. Ini bukan bonus tetapi soal jodoh,” kata Aris ketika dihubungi laman berita Kompas.com.

Aris mengiklankan jualan sebidang tanah berkeluasan 72 meter persegi di Perum Griya Taman Bahagia (GTB) Gondangmanis, Kudus pada harga 100 juta rupiah (RM29,210).

Dewi yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan sebelum ini mengesahkan bahawa dia memberi keizinan kepada abang iparnya untuk membantu mencari calon suami.

Wanita itu turut berkata, ada dua lelaki yang mendakwa masing-masing dari Malaysia dan Singapura menyatakan hasrat memperisterikannya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu terburu-buru dalam mendirikan rumah tangga tetapi memilih untuk berkawan terlebih dahulu bagi mengenali hati budi masing-masing.

“Jika ada orang membeli tanah, kita boleh berkawan dahulu dan bukan terus melangsungkan perkahwinan. Saya sudah gagal dalam dua perkahwinan sebelum ini. Jadi saya mahu cari calon suami yang baik, penyayang dan menerima saya seadanya,” kata wanita itu yang juga pemilik salun kecantikan Alya di Jawa Tengah.

Jelas Dewi, perkongsian itu untuk jualan tanah dan tiada paksaan ke atas mana-mana pembeli jika tidak berhajat berkahwin dengannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI