fbpx

‘Kami usaha cuma tak diceritakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIN memaklumkan pihaknya sedang usaha menyelesaikan kemelut hutang melibatkan isterinya, Rozita Che Wan.

PETALING JAYA – “Bukan duduk sahaja, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha saya.”

Demikian respons pelakon Zain Saidin apabila siaran langsung TikToknya hari ini dibanjiri dengan komen netizen yang meminta isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta melangsaikan hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah hampir RM1 juta.

Menurut Zain, pihaknya juga berusaha untuk menyelesaikan kemelut tersebut dan berniaga dalam media sosial adalah salah satu insiatif yang dilakukan mereka.

Kita usaha. Siapa yang beli minyak wangi ini, itu rezeki saya. Saya jual benda yang baik.

“Bukannya kami duduk sahaja. Macam saya cakap, pihak kita pun ada juga usaha sebenarnya. Bukan relaks dan anggap tiada hal dengan semua yang berlaku.

“Cuma apa yang kami usahakan itu tidak diceritakan. Jadi biasalah,” katanya.

Membalas komen netizen yang mendakwa isterinya kerap menayang kemewahan sebelum ini, Zain menegaskan semua itu dilihat satu bentuk rezeki dan tiada niat untuk bersifat riak.

Kami bukan tunjuk mewah dan hanya ambil gambar seperti biasa. Tiada niat menunjuk

“Adakah memakai baju raya cantik-cantik itu nak menunjuk? Pergi bercuti takkan hanya bawa dua pasang baju sahaja?” ujarnya.

Terdahulu pada 10 Disember lalu, rumah pelakon drama Kiah Pekasam itu diserbu pihak Mara untuk menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.

Serbuan tersebut dilakukan selepas Che Ta dikatakan tidak membayar hutang pinjaman dari agensi terbabit hampir RM1 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI