fbpx

‘Perang’ payung, kerusi tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Pantai Kata Noi, Phuket. - Foto Phuket News

BANGKOK – Pantai Kata Noi di Phuket, Thailand yang dahulunya dikenali sebagai kawasan ‘syurga’ kini dipenuhi kerusi berjemur dan payung, lapor portal berita Thaiger hari ini. 

Penduduk tempatan marah kerana pengendali kerusi pantai meletakkan kerusi mereka secara  ‘bersepah’ tanpa kawalan dengan seorang penduduk menggelar Pantai Kata Noi paling hodoh di dunia.

Pantai itu juga dipenuhi  lebih 10,000 payung bersesak dari jalan ke garisan air laut.

Syarikat perniagaan kerusi dan payung itu dituduh tidak mempedulikan peraturan yang menetapkan hanya 10 peratus kawasan pantai berkenaan dibenarkan untuk aktiviti komersial.

“Pantai Kata Noi terlindung disebabkan (deretan) kerusi pantai. Anda tidak dapat melihat lautan,” kata seorang pengunjung.

Datuk Bandar Phuket,  Jadet Wicharasorn mengaku dia tidak berdaya untuk mengatasi masalah tersebut.

“Perniagaan ini tidak mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Karon. Peraturan 10 peratus (untuk tujuan perniagaan) kekal, tetapi penguatkuasaannya di bawah kuasa Perintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC),” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI