fbpx

Lelaki 39 tahun ditahan, rampasan arak seludup lebih setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian arak yang dirampas.

MUAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan seorang lelaki dan merampas arak bernilai RM544,227 dalam serbuan di tiga lokasi di Bukit Pasir di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkhliz Azman Aziz berkata, dalam serbuan pada pukul 6.46 petang itu, pihaknya menahan suspek berusia 39 tahun.

“Lelaki tempatan itu disyaki terlibat dalam memproses dan menjual arak. Pihak polis turut merampas 134 bungkusan arak, dua tong pati arak dan dua buah lori dengan nilai keseluruhan RM544,227,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raiz Mukhliz, suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 125(1) Akta Kastam 1967.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI