fbpx

Pemegang lesen dipelawa sertai penyertaan Fasa 1 JENDELA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempelawa pemegang lesen yang berminat menyertai pemasangan kemudahan rangkaian dan penggunaan perkhidmatan rangkaian di bawah inisiatif Fasa 1 JENDELA.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, pelawaan itu dibuka kepada pemegang lesen yang layak di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998.

“Pelawaan itu bagi menggantikan pelawaan asal yang dikeluarkan pada 20 November tahun lalu,” katanya di sini hari ini.

MCMC berkata, pelawaan yang disemak semula itu merangkumi skop kerja yang terbahagi kepada dua bahagian.

“Bahagian Satu meliputi pemasangan infrastruktur pasif, sementara Bahagian Dua meliputi pemasangan infrastruktur aktif dan penggunaan perkhidmatan selular awam,” katanya.

Menurut SKMM, pemegang lesen yang berminat boleh memilih untuk turut serta dalam Bahagian Satu atau Bahagian Dua.

“Skop kerja dan kriteria kelayakan yang disemak semula adalah untuk mempercepat pelaksanaannya kerana akan membabitkan sejumlah besar pemegang lesen dalam latihan ini meliputi 1,661 lokasi di 106 kelompok di seluruh negara,” katanya.

Katanya, tarikh tutup pendaftaran adalah pada 2 Februari depan dan penyerahan Draf Pelan Perkhidmatan Sejagat oleh pemegang lesen yang berminat dan layak adalah pada 31 Mac depan.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI