fbpx

Pengemis ada wang lebih RM130,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang tunai berjumlah 311,300 baht (RM40,596) yang dirampas semasa operasi khas pada Khamis lalu. - Bangkok Protection Centre

 

BANGKOK – Seramai 12 individu termasuk warga asing ditahan dalam operasi khas polis bagi membanteras aktiviti mengemis yang semakin berleluasa di Thailand, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.

Polis Lumpini bersama-sama pegawai jabatan lain bergegas ke Jalan Sukhumvit, Bangkok selepas menerima laporan berhubung pengemis berkeliaran di taman awam di kawasan tersebut pada Khamis lalu.

“Semasa melakukan serbuan, kami menahan lapan warga tempatan, dua rakyat Kemboja dan masing-masing seorang warganegara Laos serta Myanmar kerana mengemis.

“Empat pendatang asing itu turut berdepan kesalahan lain seperti memasuki Thailand tanpa dokumen sah,” kata seorang jurucakap polis.

Menurutnya, pihak polis turut menemui wang tunai berjumlah lebih 300,000 baht (RM39,126), manakala 1 juta baht (RM130,420) lagi dijumpai dalam akaun simpanan milik seorang suspek yang ditahan.

“Kesemua pengemis yang ditahan dibawa ke Balai Polis Lumpini untuk tindakan lanjut,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI