fbpx

Jangan ‘curi’ ahli, pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengingatkan semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan tidak mengambil ahli atau pemimpin dalam gabungan itu.

Ini kerana kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, perbuatan itu akan menimbulkan suasana tidak harmoni dan akan ada pihak yang terasa.

Nasihatnya lagi, mana-mana ahli atau pemimpin dalam sesebuah parti perlu mementingkan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi mereka.

“Sebaiknya parti-parti dalam komponen Kerajaan Perpaduan tidak harus mengambil mana-mana ahli parti lain di dalam komponen ini.

“Kalau berlaku sebaliknya sudah tentu mereka juga terasa hati, jadi dalam keadaan ini eloklah kita menjaga perpaduan dalam kalangan kita (parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan),”katanya.

Beliau ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid ditanya tentang khabar angin yang mengaitkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menyertai Parti Keadlian Rakyat (PKR) bagi menjawat jatawan Menteri Besar Selangor pada tahun hadapan.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima sebarang permohonan keluar parti daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu.

“Setakat ini tiada permohonan daripada beliau (Tengku Zafrul) dan beliau pun tidak bertemu dengan saya. Jadi kita tidak dapat mengesahkan berita itu,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI