fbpx

Piala Cabaran: KDA FC benam KL Rovers FC 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi KDA FC menentang KL Rovers dalam saingan Piala Cabaran di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. Foto KDA FC

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC menepati ramalan apabila menewaskan KL Rovers FC 3-0 di Stadium Darul Aman sebentar tadi, untuk membawa bekalan selesa dalam aksi kedua suku akhir Piala Cabaran di tempat lawan pada 22 Disember depan.

Minit ke-20, giliran pertahanan KL Rovers, Faris Zambri pula melakukan kesilapan. Dia cuba menanduk bola sepakan percuma pemain sayap KDA FC, Shukrob Nurulloev namun tindakan itu gagal menyelamatkan keadaan sebaliknya menyebabkan bola mengenai tiang gol sebelah kiri pasukan pelawat.

Gol yang dinantikan akhirnya tiba dua minit kemudian apabila kapten baharu mereka, Cleylton Santos melakukan tandukan yang menerjah jaring, sebaik menerima bola hasil sepakan percuma dilakukan Nurulloev.

Memasuki babak kedua, KDA FC memiliki peluang menggandakan jaringan seawal minit ke-46 apabila Amirul Hisyam Awang Kechik melalui sepakan percuma, namun  berjaya ditampan penjaga gol KL Rovers, Asyraaf Omar.

Jaringan kedua yang dicari tuan rumah akhirnya terhasil pada minit ke-62. Penyerang muda KDA FC, Aiman Afif Afizul  yang tenang melakukan sepakan leret dari dalam kotak penalti bagi menewaskan Asyraaf yang seakan terpaku melihat bola berada jauh dari jangkauannya.

Tindakan Victor memasukkan penyerang dari Serbia, Milos Gordic pada minit ke-74 bagi menggantikan Nurulloev nyata menambah sengat di bahagian serangan.

Hanya tiga minit berselang, dia memulakan gerakan cantik bagi menghantar bola kepada Fayyadh Zulkifli sebelum bekas pemain kebangsaan itu melakukan hantaran kepada Ebenezer, untuk disudahkan dengan tolakan kaki kiri yang menghadirkan gol ketiga buat Sang Kenari.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI