fbpx

Piala Malaysia: JDT hampir ‘diikat’ KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain JDT meraikan jaringan pada perlawanan Piala Malaysia 2024, Kuala Lumpur City menentang JDT, di Stadium Kuala Lumpur, sebentar tadi. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Misi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk meraih bekalan selesa tidak kesampaian apabila hanya menang tipis 2-1 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Harimau Selatan dilihat membariskan kesebelasan terbaik dengan Arif Aiman Hanapi, Heberty Fernandes dan Bergson da Silva mengetuai jentera serangan.

JDT yang dilihat mudah mendominasi awal saingan berjaya meraih gol pembukaan menerusi jaringan Bergson pada minit ke-32.

Gol tersebut menaikkan semangat pasukan pelawat untuk menggandakan asakan pada babak kedua tetapi terus buntu apabila The City Boys mengambil pendekatan taktikal ‘parkir bas’.

Namun, kesabaran JDT membuahkan hasil apabila kini giliran Heberty mencetak nama sebagai penjaring hasil percubaan menarik pada minit ke-78.

Kegembiraan JDT selaku juara bertahan tidak bertahan lama apabila dibolosi menerusi penyudah Brendan Gan pada penghujung saingan dengan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 21 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI