fbpx

Piala Asean: Pau Marti tagih semangat juang pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pau Marti hadir bersama kapten, Syamer Kutty Abba pada sidang media praperlawanan di Bangkok sebentar tadi. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui skuad negara berdepan tugas berat dalam usaha mengejutkan juara bertahan, Thailand dalam aksi Piala Asean 2024 di Stadium Rajamangala, Bangkok malam esok.

Pada sidang media praperlawanan sebentar tadi, Pau Marti menegaskan semua pemain bersedia untuk berikan sepenuh jiwa di atas padang meskipun tanpa kelibat beberapa tonggak utama.

“Kita kehilangan beberapa pemain penting tetapi pasukan ini bukan hanya melibatkan mereka sebaliknya 26 pemain secara keseluruhan.

“Siapa sahaja yang diturunkan pasti akan memberikan seratus peratus meskipun kita sedar cabaran yang menanti agak sukar,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Skuad negara agak tempang apabila Sabah FC memanggil semula empat pemain utamanya, Daniel Ting, Darren Lok, Stuart Wilkin dan Dominic Tan yang merupakan kapten Harimau Malaya.

Malah, kem kebangsaan turut kehilangan penyerang sensasi, Syafiq Ahmad yang mengalami kecederaan serius sekali gus tidak dibawa pada perlawanan menentang Thailand malam esok.

Selepas bertemu Gajah Perang, skuad negara akan melayan kunjungan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember ini.

Sejak dianjurkan pada 1996, Harimau Malaya hanya sekali pernah bergelar juara sewaktu edisi 2010 manakala kali terakhir bergelar finalis pada 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI