fbpx

Lorong tikus masuk Kelantan ditutup malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR PUTEH – Polis Kelantan akan memperketatkan penguatkuasaan trafik di mulai tengah malam ini termasuk menutup semua lorong tikus di sempadan negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, beberapa lorong tikus terutama sempadan Semerak di sini dan Kuala Besut, Terengganu akan dipantau oleh anggota polis secara bergilir-gilir termasuk melibatkan anggota yang tidak memakai uniform polis.

Katanya, orang ramai termasuk mereka yang tinggal di kawasan sempadan negeri Kelantan dan Terengganu dinasihatkan agar tidak cuba merentas sempadan kedua-dua negeri dengan cara yang tidak betul.

“Empat lokasi utama sekatan jalan raya (SJR) iaitu di Gua Musang, Jeli serta dua di daerah ini dikekal termasuk menyediakan pasukan khas untuk mengawal selia lorong tikus terutamanya di sempadan Pasir Puteh dan Kuala Besut, Terengganu.

“Di Besut, kita adakan kerjasama dengan kontinjen polis Kelantan dan Terengganu bagi melicinkan tugasa di kawasan itu” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau pengurusan SJR di Bukit Yong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, sekiranya individu mempunyai hal kecemasan dan amat memerlukan merentas negeri, polis sedia membantu dengan mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, paling penting adalah individu terutamanya dari zon merah yang berhasrat masuk ke Kelantan diwajibkan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu sebagai syarat utama. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI