fbpx

HIDe lahir graduan Malaysia berkemahiran tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ALI (dua dari kiri) pada gimik pelancaran program HIDe di Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Petaling Jaya hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

PETALING JAYA – Program Pendidikan Digital Berimpak Tinggi (HIDe) berperanan menyediakan akses kepada teknologi canggih, latihan lanjutan dan peluang kolaborasi untuk institusi akademik bagi membekalkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd. Ali Mansor berkata, pelan strategik lima tahun itu bertujuan mentransformasi hubungan antara dunia akademik, industri, dan kerajaan, serta merevolusi pendidikan teknikal dan pembangunan tenaga kerja di peringkat global.

Katanya, platform Utama HIDe Konsortium Pendidikan Teknikal (CONTeCT) akan memainkan peranan penting dalam menyediakan akses kepada teknologi canggih, latihan lanjutan dan peluang kolaborasi untuk institusi akademik.

“Industri akan mendapat manfaat besar daripada inisiatif yang dilancarkan seperti latihan khusus yang dapat membekalkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Program yang diperkenalkan ini akan membuka peluang kepada kejayaan jangka panjang, melengkapkan graduan dengan kemahiran yang relevan dan memastikan koperasi Malaysia kekal kompetitif serta selaras dengan perkembangan ekonomi global,” katanya pada majlis pelancaran program tersebut di sini hari ini.

Program HIde dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan rakan strategik, Kumpulan Pendidikan IReam Malaysia.

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan Pendidikan IReam Malaysia, Ahmad Zaharan Ibrahim berkata, CONTeCT memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang antara pendidikan dan industri.

“Sebagai contoh, Byton Group boleh menghantar peralatan dan kemudahan latihan mereka untuk melatih pelajar Malaysia mengenai kereta elektrik. Bagaimanapun, pada peringkat awal, guru-guru akan dilatih.

“Kami tidak mahu pelajar yang dilatih dengan masa dan kos akhirnya tiada pekerjaan. Oleh itu, program latihan perlu disesuaikan bagi memenuhi keperluan khusus industri,” jelasnya.

Kerjasama tersebut diperkuatkan lagi dengan inisiatif bersama 33 wilayah di China, seperti Bengkel BANMO di Wilayah Guangdong dan Bengkel MOZE di Wilayah Liaoning. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI