fbpx

Tak mustahil Harimau Malaya jerat Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Harimau Malaya mengadakan sesi latihan di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi. - Foto ihsan FAM

HARIMAU Malaya terdesak memulihkan maruah tercalar dengan mengejutkan negara pilihan, Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan A saingan Piala ASEAN 2024 di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.

Sekiranya menang, skuad negara seperti meletakkan sebelah kaki ke separuh akhir dan tidak perlu ‘pening kepala’ mengharungi aksi terakhir menentang Singapura pada 20 Disember ini.

Situasi berbeza jika kalah kerana Harimau Malaya dijangka berdepan tugas sukar dengan misi wajib menang ke atas Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu nanti.

Pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente mengakui pasukan ketika ini serba kekurangan kerana perlu berdepan negara di ranking ke-97 dunia itu tanpa kelibat lima pemain utama.

“Bagi perlawanan menentang Thailand, saya yakin pemain akan buat yang terbaik. Dengan situasi semasa, kami akan cuba dapatkan skuad yang terbaik.

“Apa yang dilalui bukan mudah kerana ini kali pertama kami bermain bersama dan kami hanya mempunyai dua atau tiga hari untuk persiapan sebelum ini.

“Mengenai siapa yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama, barisan kejurulatihan akan membuat keputusan nanti,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah negara, Danial Amier Norhisham optimis pasukan dapat tampil dengan semangat juang yang tinggi dalam usaha memburu sekurang-kurangnya satu mata berharga.

“Secara peribadi, sudah pasti kita nakkan tiga mata. Itu sasaran kita. Kita tengok nanti.

“Jangkaan saya sendiri, macam yang saya cakap tadi, pemain-pemain perlu beri yang terbaik secara individu.

“Kita kena tahu kita berdepan dengan satu pasukan yang lebih baik. Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak sama macam Timor Leste. Kita kena bagi 100 peratus untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI