fbpx

Alicia Amin macam tak kena, bikin geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK Intan dalam naskhah Andai Tiada Dia yang dahulunya milik Mimi Lana kini berganti tubuh dengan Alicia Amin.

KETIKA rasa benci terhadap pelakon Intan lakonan Mimi Lana dalam naskhah Andai Tiada Dia memuncak, penonton dikejutkan dengan berita pertukaran pelakon.

Digantikan Alicia Amin secara tiba-tiba, rata-rata penonton mengakui terkejut dan cuba untuk menerima watak Intan dengan wajah baharu.

“Anda kerap cakap wajah kami serupa, saya dan Mimi juga boleh menjadi orang yang sama juga,” kata Alicia baru-baru ini.

Namun, pelbagai respons diberikan netizen berhubung pertukaran watak tersebut. Ada yang tidak bersetuju kerana kurang penjiwaan dan sebaliknya.

“Baru nak kasihan dengan Intan kena minyak panas, makin menyampah pula lihat pelakon bertukar.

“Kenapa Alicia? Macam kurang jiwa dan tak kena.

“Bagilah Alicia peluang, mungkin dia boleh buat kita semua semakin benci Intan yang masih tak berubah,” komen peminat drama tersebut.

Tidak diberikan perincian lanjut, difahamkan pertindihan jadual Lana yang menjadi punca pertukaran wajah Intan.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI