fbpx

Lorong kecemasan, lorong kiri Bidor-Tapah PLUS arah utara ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA-jentera sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di lorong kecemasan di KM 330.05 hingga KM328.95 arah utara Lebuhraya Utara Selatan dekat Tapah hari ini.

IPOH – Lorong kecemasan dan lorong kiri antara Bidor dan Tapah di Kilometer (KM) 330.05 hingga KM328.95 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan ditutup selama lima hari kepada semua kenderaan mulai 18 Januari ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan berkata, penutupan ini bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dan pembaikan dapat dijalankan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, lorong bekenaan hanya akan dibuka bermula pukul 12.30 tengah hari pada 22 Januari nanti.

“Bagaimana pun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Justeru pengguna yang menghala ke utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini,” kata kenyataan tersebut.

PLUS turut menasihatkan pengguna supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangannya ketika melalui kawasan terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI