fbpx

Cuaca buruk landa 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, kawasan yang diramal terlibat adalah Hilir Perak. Sementara di Pahang, ribut petir berlaku di Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan yang sama turut menjejaskan Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka meliputi keseluruhan kawasan.

“Cuaca buruk ini juga diramal berlaku di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau,” tambahnya.

Sementara itu, di Sarawak, ribut petir dijangka menjejaskan kawasan Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang. Sabah turut tidak terkecuali, hujan lebat dan angin kencang berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar).

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir kilat, tanah runtuh dan risiko pokok tumbang berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI