fbpx

Mangsa banjir Terengganu tinggal empat orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk sedang mengemas rumah yang ditenggelami banjir di Kampung Padang Kemunting, Kijal, Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang seterusnya melanda Terengganu sejak Isnin lalu hampir pulih sepenuhnya dengan mangsa yang masih menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) hanya tinggal empat orang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, empat sekeluarga tersebut berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Baru Kemaman.

“Baki 76 mangsa lain telah pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat setelah banjir surut sepenuhnya.

“Selain Dewan Orang Ramai Kampung Baru, sebahagian penduduk itu sebelum ini berada di PPS Balai Raya Padang Kemunting, Kemaman,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, seramai lebih 5,000 penduduk di daerah Kemaman dan Dungun terjejas dengan banjir gelombang seterusnya yang melanda Terengganu bermula lewat malam Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI