fbpx

Budak 6 tahun disengat lebah 1,100 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Getty Images

BRASILIA – Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun di Brazil terselamat meskipun disengat kawanan lebah kira-kira 1,100 kali, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Mangsa diserang kawanan lebah ketika menemani bapa tirinya di sebuah ladang dekat  bandar Sidrolandia, negeri Mato Grosso do Sul. 

“Dia segera dikejarkan ke hospital berdekatan dan berada dalam keadaan koma sehingga 11 Disember lalu. 

“Bagaimanapun, mangsa beransur pulih pada setiap hari, manakala pakar-pakar menanggalkan tiub oksigen dan alat sokongan lain. Ini adalah satu keajaiban,” kata bapa mangsa, Celio Samuel. 

Pakar toksikologi Pusat Pengawasan Toksikologi Bersepadu (Civitox), Sandro Benites menekankan bahawa penjagaan segera adalah penting agar mangsa dapat bertahan daripada kecederaan.

“Lebih 100 sengatan boleh membawa maut pada kanak-kanak, manakala 500 sengatan boleh membawa maut kepada orang dewasa. 

“Penjagaan segera dan sokongan lanjut membolehkan kanak-kanak itu terselamat meskipun disengat lebah 1,100 kali,” tambah Benites. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI