fbpx

Alhamdulillah saya telah sembuh sepenuhnya – Faye Kusairi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faye Kusairi

PETALING JAYA – Pelakon Faye Kusairi kini sembuh sepenuhnya daripada serangan Bell’s Palsy yang dihidap sejak sebulan lalu.

Perkongsian gembira tersebut diumumkan sendiri menerusi sebuah hantaran video dalam Instagramnya semalam.

Faye memaklumkan perkara tersebut dalam satu entri Instagramnya.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah wajah saya telah sembuh daripada Bell’s Palsy selepas sebulan dan sekarang saya telah sihat sepenuhnya.

“Apa yang saya lakukan adalah dengan mengambil ubat-ubatan dan vitamin B12 selain melakukan rawatan totok wajah, iaitu sejenis urutan saraf muka secara berkala,” kata pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 34, itu.

Katanya lagi, dia tidak melakukan rawatan akupuntur dan mengambil sebarang ubat-ubatan selain daripada apa yang disarankan doktor.

“Saya sangat gembira dengan hasil yang memberansangkan ini dan sangat berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya,” kata Faye.

Pada masa saya, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu juga sempat berpesan kepada pesakit Bell’s Palsy lain supaya terus berdoa dan kekal positif setiap hari untuk sembuh dengan cepat.

Kosmo! pada 9 Disember lalu melaporkan Faye diserang penyakit Bell Palsy ketika sedang menggosok gigi di rumahnya dan tiba-tiba berasa otot muka kanannya kejang.

Bell Palsy merupakan sejenis kelumpuhan pada sebahagian muka disebabkan saraf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simptom lazim akibat penyakit berkenaan adalah muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI