fbpx

PATI warga Thailand dicekup dalam bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Thailand dicekup semasa berada di dalam sebuah bas di SJR Chabang Empat Salam, Rantau Panjang kelmarin. FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Hasrat seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand untuk lolos ke Kota Bharu dengan menaiki sebuah bas ekspres tidak kesampaian apabila dia dicekup di sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam dicekup sini kelmarin.

Tangkapan itu dilakukan oleh anggota Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 5.30 petang semasa menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, bas tersebut diperiksa semasa tiba di SJR berkenaan sebelum anggota bertugas menahan seorang penumpang lelaki.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek mendapati lelaki itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan mendapati, lelaki itu merupakan warga Thailand dan dipercayai diseludup masuk ke negara ini..

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan menberitahu, PATI itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI