fbpx

Skuad FAM eRimau dominasi ePiala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minbappe bersama trofi ePiala Dunia yang dimenangi sebentar tadi. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad FAM eRimau berjaya menjuarai permainan mobile eFootball pada kejohanan FIFA ePiala Dunia sebentar tadi.

Skuad FAM eRimau yang diwakili oleh Ahmad Muhaimin berjaya dua perlawanan yang diharungi dengan melakar keputusan 3-0 pada aksi pertama dan 2-0 pada aksi kedua.

Ahmad Muhaimin yang dikenali dengan nama Minbappe menewaskan wakil Maghribi, AN10_Tienes di pentas final yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

“Malaysia merupakan negara daripada Asia Tenggara yang pertama berjaya menjuarai kejohanan berprestij ini.

“Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin! Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia.

“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar.

“Rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan. Kemenangan bersih di perlawanan akhir. Juara Dunia,” kata FAM dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN