fbpx

Dana Ihsan Madani terima sumbangan RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga dari kiri) menerima sumbangan sebanyak RM5 juta untuk Dana Ihsan Madani hari ini.

PETALING JAYA – Dana Ihsan Madani menerima sumbangan sebanyak RM5 juta daripada Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir yang sedang giat dijalankan.

‘Setiap setiap organisasi memainkan peranan penting dalam membantu komuniti yang terjejas melalui pelbagai inisiatif kemanusiaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau berharap sumbangan itu meringankan beban ditanggung pihak yang terjejas akibat dilanda musibah banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI