fbpx

Lindungi kulit wajah dengan pelindung suria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SASABELL Sunscreen dengan ekstrak pegaga turut membantu melembapkan kulit. Pendedahan terhadap cahaya matahari dalam tempoh yang terlalu lama boleh menyebabkan kita terdedah kepada sinaran UV yang mampu memberi kesan buruk.

Sinaran matahari memiliki banyak kebaikan seperti membekalkan haba dan membantu tubuh mendapatkan vitamin D.

Namun, berada di bawah cahaya matahari terlalu lama boleh menyebabkan kita terdedah kepada sinaran ultraungu (UV) yang mampu memberikan kesan buruk.

Antara kesan buruknya ialah sinaran UV akan menghakis elastin atau serat kulit manusia yang menyebabkan kulit kendur dan rosak.

Pelindung matahari atau sunscreen adalah produk penjagaan kulit yang membantu melindungi kulit daripada bahaya sinaran matahari.

Terdapat pelbagai produk pelindung suria di pasaran yang dapat memelihara kecantikan kulit dan salah satunya ialah keluaran sebuah syarikat bumiputera tempatan yang tampil dengan produk pelindung matahari sendiri diberi nama Sasabell Sunscreen.

Pengasasnya, Nor Fathihah Abdul Rashid berkata, Sasabell Sunscreen menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti Centella asiatica (ekstrak pegaga).

“Centella asiatica mempunyai kandungan antioksidan dan antiradang yang boleh merawat masalah jerawat serta keradangan pada wajah.

“Selain itu, Centella asiatica juga berfungsi sebagai antipenuaan, melembapkan kulit serta memberi rasa sejuk pada kulit. Sasabell Sunscreen juga menggunakan bunga chamomile (Matricaria recutita) yang bagus untuk mengurangkan keradangan kulit akibat sunburn.

“Chamomile mengandungi apigen yang bertindak sebagai antioksidan dan dapat melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit serta menyebabkan kulit menjadi kusam,” katanya.

Menurutnya, Sasabell Sunscreen telah melalui proses kajian dan pembangunan selama setahun setengah bagi memastikan formulasi yang digunakan bersesuaian dengan semua jenis kulit.

Jelasnya, Sasabell Sunscreen merupakan produk yang telah diformulasikan dengan tekstur berwarna pink (merah jambu) yang sangat ringan, tidak melekit, tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit. Apabila pengguna menggunakan Sasabell Sunscreen, ia tidak akan menyebabkan kulit muka kelihatan bercapuk.

“Sasabell Sunscreen juga mempunyai kesan ‘tone up’ yang akan menjadikan kulit pengguna nampak lebih glowing dan berseri tanpa foundation (bedak asas).

“Sasabell Sunscreen mempunyai SPF50 PA+++, broadspectrum yang melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB,” katanya sambil menyatakan bahawa krim pelindung matahari tersebut boleh digunakan seawal usia 12 tahun sehinggalah 60 tahun ke atas.

Ujar Nor Fathihah, Sasabell Sunscreen dijual di pasaran sebanyak 100,000 unit dengan dua varian iaitu Sasabell Sunscreen 10 mililiter (ml) dengan harga RM19 dan Sasabell Sunscreen 50ml berharga RM59.

Rangkaian produk Sasabell boleh digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan selamat penggunaannya untuk ibu hamil serta menyusu.

“Kita juga menawarkan hadiah menarik menerusi kempen beli dan menang yang akan berakhir pada 31 Disember ini,” katanya.

Antara hadiahnya ialah kereta Mercedes AMG, sebuah skuter Benelli Panarea, pakej umrah, barangan kemas, barangan elektrik dan wang tunai.

“Hanya dengan pembelian Sunscreen 50ml sebanyak dua kotak, para pelanggan sudah layak menyertai kempen beli dan menang ini,” katanya.

Layari laman Sasabellbeautyhq.com untuk pembelian dan keterangan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI