fbpx

Man. City berpotensi tersingkir awal UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY kini sudah merekodkan kekalahan ketujuh daripada 10 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan. - AFP

TURIN – Manchester City terus dibelenggu dengan aksi hambar selepas tewas 0-2 kepada Juventus pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Juara Eropah dua musim lalu itu terus berdepan mimpi ngeri apabila mencatat kekalahan ketujuh dalam 10 perlawanan terakhir selain menyaksikan mereka berada di kedudukan ke-22 carta liga UCL, tiga anak tangga dibezakan dengan zon penyingkiran.

Kekalahan itu menyebabkan pengurus City, Pep Guardiola mula mempersoalkan kemampuan dirinya meskipun mengakui pemain-pemainnya masih berada dalam keadaan stabil walaupun berdepan situasi tidak menentu.

“Sudah tentu saya mempersoalkan diri sendiri dan berfikir secara bersendirian. Bagaimanapun, saya masih tenang dan cuba mencari jalan penyelesaian kerana kami masih mampu bermain dengan baik.

“Bilik persalinan juga masih berada dalam keadaan harmoni, cuma kecewa apabila mengalami kekalahan. Apakah kami kasihan dengan diri sendiri? Tidak kerana kami hanya pandang ke hadapan dan mahu bangkit,” katanya.

Walaupun berdepan krisis terbesar dalam kariernya, namun Guardiola menjelaskan, ia tidaklah sukar jika dibandingkan ketika beliau mengemudi Barcelona pada musim pertamanya di Camp Nou.

“Inilah kehidupan, kadang-kadang anda perlu berdepan tempoh paling sukar tetapi saya tidak akan mudah mengalah. Saya akan terus berjuang bagi memastikan kami kembali mendapatkan rentak terbaik,” ujar Guardiola.

Situasi semasa seakan tidak memihak City yang akan berdepan seteru setempat menentang Manchester United bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI