fbpx

Dua beranak maut Myvi langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis dan bomba mengangkat mayat seorang wanita yang maut dalam kemalangan di Jalan Ayer Hitam-Simpang Renggam, Kluang, malam semalam. Foto IHSAN BOMBA

KLUANG – Dua beranak maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki empat sekeluarga terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kemalangan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Ayer Hitam-Simpang Renggam di sini lewat malam semalam.

 

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa,  B. Nagaranjini, 25, dan bayinya berusia lima bulan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Manakala pemandu kereta B. Guna, 40, dan penumpang iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera.

 

Menurut Komander Operasi,  Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul  11.56 malam sebelum lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi nahas.

 

“Terdapat seorang mangsa di bahagian tempat duduk penumpang dan seorang bayi telah tercampak keluar dari kereta akibat kemalangan tersebut.

 

“Pasukan Keluar Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kereta tersebut dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Katanya, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 12.04 tengah malam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI