fbpx

Kadar harga jualan air terawat Terengganu kepada Pahang belum muktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy bersama Ahmad Samsuri pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembinaan Paip Agihan Air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, Pahang di Cherating hari ini.

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang dan Terengganu masih belum memuktamadkan kadar harga jualan bekalan air terawat dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, di sini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri Terengganu sebelum ini menawarkan harga jualan pada kadar RM1.40 per meter padu.

Bagaimanapun katanya, pihak kerajaan negeri Pahang mengharapkan agar harga berkenaan dapat dipertimbang untuk dikurangkan.

“Kadar (harga) kita akan bincang bersama antara kerajaan negeri Pahang dengan kerajaan negeri Terengganu dan juga Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Syarikat Air Terengganu (Satu).

“Dia (kerajaan negeri Terengganu) letak (harga) RM1.40, kita minta pengurangan sikit. Terpulang kepada kerajaan negeri Terengganu. Kita harap ia dapat pertimbangkanlah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Paip Agihan Air Dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, Pahang di Rumah Pam Penggalak Gebeng, di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Penyerahaan Projek Pembinaan Paip Agihan Air Kemaman-Gebeng sepanjang 29.8 kilometer yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) membekalkan tambahan sebanyak 90 juta liter air terawat sehari dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI