fbpx

Drebar lori lari lepas langgar mati penunggang Ysuku diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan motosikan Yamaha Y15ZR yang dilanggar lari sebuah lori di Jalan Senai-Seelong adah Senai, Kulai semalam.

KULAI – Usaha seorang pemandu lori melarikan diri selepas menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal tidak berhasil apabila dia dicekup di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki berusia 44 tahun itu diberkas pada pukul 7.12 malam.

Katanya, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan motosikal Yamaha Y15ZR dengan lori jenis Hino di Jalan Senai-Seelong arah Senai pada 8.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati nahas dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang lelaki berusia 21 tahun itu cuba mengelak lori dipandu suspek yang sedang membelok ke kanan.

“Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Seng Lee berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu lori pula direman selama dua hari bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI