fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang dijangka melanda lapan negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 6 petang itu melibatkan seluruh kawasan Melaka.

“Di Perak, amaran cuaca buruk melibatkan kawasan Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang pula kawasan terjejas termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Temerloh.

“Bagi Selangor, cuaca buruk dijangka melibatkan Kuala Selangor dan Hulu Selangor, sementara di Negeri Sembilan pula melibatkan Jelebu, Jempol dan Tampin,” jelas kenyataan itu.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Johor melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, manakala di Sarawak pula melibatkan Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

Dalam pada itu, Sabah turut menerima amaran sama di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI