fbpx

‘Saya tak akan jual pai dalam TikTok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHNTA

PETALING JAYA – Bekas model juga pelakon, Zahnita Wilson menyuarakan hasrat untuk menyertai mana-mana kelas agama atau majlis usrah seperti yang disarankan segelintir netizen terhadapnya.

Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, keinginan mendekatkan diri dengan agama jugalah antara yang mendorongnya mahu bebas daripada rumah tangga toksik dan membina hidup baharu,

“Insya-Allah doakan saya. Sebab itu saya dapat keluar dari rumah supaya dapat dekatkan diri dengan ilmu agama.

“Syukur alhamdulillah dan semua yang berlaku ada hikmah. Saya terus kuat demi anak-anak malam akan kekal bertahan,” katanya dalam satu temu bual.

Dalam masa sama, pelakon Kuliah Cinta itu mengulas saranan netizen yang memintanya membuka jualan pai yang sedang diusahakan dalam platform TikTok.

Menolak dengan baik, Zahnita sebaliknya bercadang membuat pemasaran dan jualan pie dalam platform jualannya sendiri tanpa terikat dengan pihak lain.

“Sabar ya semua, saya sedang mengusahakan untuk menjual pai dalam platform sendiri.

“Saya tidak akan menjual dalam TikTok (seperti diminta netizen).

“Kini, saya sedang berurusan dengan beberapa syarikat untuk uruskan setiap tempahan dari beberapa negara Asia Tenggara,” ujarnya.

Memberi respons terhadap komen netizen yang mendakwa dia banyak memendam perasaan dan menyimpan segala kesakitan yang dihadapi seorang diri, Zahnita menjelaskan kejadian yang menimpa dirinya meninggalkan terlalu banyak trauma.

“Pendam? Pastinya saya sangat beremosi sebab banyak yang membuatkan saya takut terutama jika hal berkaitan anak-anak.

“Termasuk juga situasi saya perlu berhadapan dengan media dan semua publisiti yang saya dapat ketika ini namun saya perlu lakukan semua ini untuk keselamatan anak-anak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, walaupun mendapat perintah perlindungan interim (IPO) daripada Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang, dia tetap memberi peluang kepada suaminya, Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani, 46, bertemu dengan empat anak mereka selama dua jam pada setiap hari Ahad seperti diperintahkan mahkamah.

“Saya juga perlu beri bapa bertemu dengan anak-anak.

“Namun, hubungan saya dengan suami masih tidak baik, namun harap semuanya akan berjalan dengan aman,” ujarnya lagi.

Difahamkan, dia juga kini dalam proses untuk mendapatkan hak penjagaan sementara empat anaknya.

Terdahulu, Zahnita, membuat pendedahan dalam media sosial berhubung keganasan rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Menerusi perkongsian foto dalam media sosial, pelakon itu memaparkan bukti bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam selepas mendakwa berlaku pergaduhan bersama Abdul Zackery selepas isu orang ketiga dibangkitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI