fbpx

9,000 anggota polis akan ditempatkan di kuarters milik KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Seramai 9,000 anggota polis yang masih tidak mendapat kemudahan kediaman kerajaan akan ditempatkan di kuarters milik Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan KPM berhubung perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya berharap agar perkara itu dapat direalisasikan pada suku pertama tahun depan.

“Saya difahamkan KPM ada 17,000 kuarters guru yang kosong dan tidak didiami. Manakala, di pihak polis pula, ada lebih kurang 9,000 anggota masih tidak cukup kuarters.

“Kita akan bincang dengan KPM, boleh atau tidak lebihan kuarters yang tak diduduki itu didiami anggota polis,” katanya hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi jawapan bertulis di Parlimen memaklumkan, KPM menawarkan kepada agensi kerajaan lain untuk menduduki kuarters guru yang tidak berpenghuni untuk dimanfaatkan semula kemudahan itu.

Beliau dilapor berkata, antara langkah dilakukan pihaknya, adalah di kuarters rumah guru bertingkat di Sekolah Kebangsaan (SK) Utan Aji dekat Kangar, Perlis yang tidak berpenghuni.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya sedia mencari peruntukan bagi menampung kos membaik pulih kuarters terbabit supaya ia sesuai didiami oleh anggota polis serta keluarga mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI