PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat dan ribut petir sedang berlaku di Johor dan Sarawak petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 4 petang itu melibatkan Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Bagi Sarawak pula, amaran cuaca buruk itu melibatkan Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit) dan Bintulu.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE