fbpx

[VIDEO] Polis buru lelaki samun kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV seorang lelaki menyamun dan melarikan RM1,000 dari sebuah premis di Simpang Ngu Batu Niah, Miri.

MIRI – Polis memburu seorang lelaki Iban yang menyamun dan melarikan RM1,000 dari sebuah premis di Simpang Ngu Batu Niah, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Suspek berusia 31 tahun, berbangsa Iban dan pihak polis sedang dalam usaha untuk mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, Alexson berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa, seorang perempuan yang merupakan pekerja di premis tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.20 pagi 8 Disember lalu di mana suspek yang bersenjatakan sebilah parang telah meminta wang tunai daripada mangsa, yang sedang menjaga kaunter pembayaran di premis yang menjalankan perniagaan runcit itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh tampil ke balai polis yang berdekatan atau menghubungi talian 085-433730. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI