fbpx

Pekerja melecur rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha memadamkan api yang mengakibatkan enam rumah pekerja ladang terbakar di Lundu semalam.

LUNDU – Dua lelaki warga Indonesia melecur dalam kebakaran yang memusnahkan rumah pekerja di sebuah ladang di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, Muhamad Hazijul Abdul Mujun berkata, seorang daripada mangsa berusia 22 tahun melecur di kaki kanan dan belakang, manakala seorang lagi berusia 20 tahun melecur di kedua-dua kaki serta mengalami sesak nafas.

“Kedua-dua mangsa melecur tahap satu dan anggota EMRS telah membuat rawatan kepada kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.45 petang semalam dan setiba di lokasi mendapati enam pintu rumah pekerja terbabit terbakar 100 peratus.

Katanya, tindakan pemadaman terus dilakukan menggunakan satu aliran 400 kaki ‘relay pumping’ dari sumber air terbuka menggunakan pam angkut dan satu aliran 200 kaki, dua nozel air dari jentera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI